|
Kata-Kata Aluan Presiden KFA |

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera
Marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya, maka kita dapat bertemu dalam ruangan ini.
Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas kepada pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) atas kejayaan mengendalikan laman web ini.
Dengan adanya laman ini, saya amat berharap agar ia akan sentiasa menghidangkan info yang dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.
Jadikanlah medium ini sebagai perantara antara pihak KFA dan para penyokong untuk mengikuti perkembangan mutakhir mengenai sukan bola sepak yang menjadi sukan No.1 negeri dan negara ini.
Pihak pembaca atau penyokong pula boleh jadikan laman ini sebagai laman untuk berinteraksi secara maya dengan pasukan atau pemain-pemain kesayangan mereka.
Berikanlah pendapat bernas anda semua, demi untuk kita sama-sama melihat serta melakarkan kejayaan yang terbaik untuk pasukan kesayangan kita.
Saya yakin, dengan hidangan dan hebahan bermaklumat ini, kedua-dua pihak sama ada KFA mahupun peminat boleh mencetuskan kematangan dalam sukan ini.
Sekian, terima kasih.
Dato' Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak Menteri Besar Negeri Kedah
|