Thursday, February 23, 2012

 

PROGRAM ASUHAN BAKAT KENARI KID KFA 


MISI

Aktif dalam bidang kesukanan sudah ada pada kanak-kanak tetapi satu program yang khas berteraskan lagi mampu mencanai bakat masih ada.

 

Kedah Kenari Kid, Program Asuhan Bakat KFA bersedia memberi asuhan bakat bolasepak sejak peringkat awal kanak-kanak dengan mengajur, mengurus dan mentadbir satu pusat latihan bagi membangunkan struktur bolasepak yang kemas dan menjadi harapan KFA agar dapat melahirkan pemain berkualiti tinggi, bagi mewakili negeri dan Negara.

 

VISI

Idaman kita ialah menjadikan pasukan bolasepak Negeri Kedah Darul Aman satu pasukan terkuat berjaya menghadapi cabaran liga peringkat kebangsaan, berterusan sepanjang masa, dimana para pemainnya terdiri dari anak jati Negeri Kedah Darul Aman