| Tahniah Dato' Haji Ahmad Shafie |
|
|
|
| Written by Admin |
| Monday, 16 January 2012 20:16 |
|
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) merasa bangga dan mengucapkan tahniah diatas pengurniaan Darjah Kebesaran kepada Cikgu Ahmad Shafie yang membawa gelaran Dato'.
KFA merasakan pengurniaan tersebut merupakan satu pengiktirafan berterusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Kerajaan Negeri terhadap industri sukan bolasepak di negeri ini. Dato' Haji Ahmad Shafie merupakan Pengarah Pembangunan KeJurulatihan Kedah dan Presiden Persatuan Jemaah Pengadail FAM yang sering mengendalikan kursus kejurulatihan bolasepak di negara ini amnya dan Kedah khasnya. KFA yakin dengan pengurniaan tersebut akan memberi semangat juang yang tinggi kepada pemain pasukan bolasepak negeri dalam menghadapi pasukan lawan dalam liga super yang baru bermula. Pengurniaan Darjah Kebesaran tersebut di sempurnakan oleh YTM Tunku Bendahara Kedah, YTM Tunku Annuar Sultan Badlishah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit. |